Pemohonan A-Kad
SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN
1. KEAHLIAN
- a-KAD adalah kad pengenalan bagi Program Ganjaran yang dianjurkan oleh Aneka Retail ( M ) Sdn. Bhd. untukkelebihan pelanggan Pasaraya Aneka.
- a-KAD bukan kad kredit, kad caj atau kad diskaun.
- Keahlian a-KAD terbuka kepada individu yang berumur 12 tahun dan ke atas yang mempunyai Kad Pengenalan atauPaspot dan alamat kediaman tetap di Malaysia.
- Bayaran pemprosesan untuk ahli a-KAD adalah RM5.00 setiap satu tahun.
- Kelulusan pembaharui a-KAD tertakluk sepenuhnya kepada pihak Aneka Retail M Sdn Bhd dan memenuhisyarat syarat dan peraturan dalam borang ini.
- Bayaran RM5.00 akan dikenakan untuk setiap permohonan penggantian kad baru yang disebabkan kehilangan, kecurianatau kerosakan a-KAD
- a-KAD tidak boleh dipindah milik dan hanya boleh digunakan oleh pemilik sahaja.
- Aneka Retail (M) Sdn. Bhd. berhak menolak permohonan dan menarik balik keahlian pada bila-bila masa tanpa sebarangalasan
- Sebarang pembatalan keahlian akan menyebabkan kehilangan mata ganjaran.
- Ahli mestilah melaporkan sebarang perubahan alamat di Pasaraya Aneka yang berdekatan.
- Ahli a-KAD mesti mematuhi segala syarat dan peraturan yang dicatitkan di dalam borang ini
2. KELEBIHAN AHLI a-KAD
- Untuk setiap RM1.00 yang dibelanjakan, satu mata ganjaran akan dikumpul KECUALI belian Baucer Aneka, KaunterSewaan, Bayaran Penghantaran, Bayaran Pembaiki, dan Perkhimatan.
- a-KAD hanya boleh digunakan oleh pemilik a-KAD sahaja. Semasa promosi “JUALAN a-KAD jika didapatiahli meminjamkan a-KAD nya kepada orang lain, atau sebaliknya, pihak Aneka (M) Sdn. Bhd. kan membatalkankeahliannya.
- Untuk menikmati Harga Istimewa a-KAD dan pengumpulan mata ganjaran, ahli mesti menunjukan a-KAD kepadajuruwang sebelum urusniaga dilakukan, jika tidak berbuat demikian mata ganjaran tidak dapat dikumpul. Sebarangresit dengan tarikh lepas tidak dilayan.
- Mata ganjaran a-KAD adalah sah dalam dua (2) tahun dari tarikh mata ganjaran dikumpulkan. Selepas dua tahun mata ganjaran akan dilupuskan pada setiap suku tahun.
Contoh:- |
Suku tahun |
Jangka Masa |
Tarikh Lupus |
|
1 |
1hb Jan-31st Mac 2007 |
31hb April 2009 |
|
2 |
1hb April-30th Jun 2007 |
30hb Jun 2009 |
|
3 |
1hb Julai-30th Set 2007 |
30hb Set 2009 |
|
4 |
1hb Okt-31st Dis 2007 |
31hb Dis 2010 |
- Aneka Retail (M) Sdn Bhd berhak membatalkan, mengubah atau menolak mata ganjaran yang dikumpulkan oleh ahli atas sebab-sebab:-
|
Disyaki berlaku penipuan semasa pengumpulan mata ganjaran. |
|
Kesilapan semasa merekod mata ganjaran. |
|
Pembatalan belian. |
|
Disyaki mengunakan a-KAD yang bukan miliknya. |
3. Tuntutan Hadiah
- Hanya ahli a-KAD yang sah dengan mata ganjaran yang mencukupi dibenarkan menukar hadiah mata ganjaran
- Tuntutan hadiah perlu dibuat oleh ahli sendiri. Sebarang wakil tidak akan dilayan.
- Ahli dikehendaki menunjukkan a-KAD dan Kad Pengenalan atau Paspot untuk pengesahan semasa penukaran mataganjaran.
- Mata ganjaran yang dikumpul tidak boleh dituntut dengan wang tunai atau barangan yang bukan ditentukan dalamKataloga-KAD .
- Mata ganjaran yang dikumpul tidak boleh dipindah milik atau dijual kepada sesiapa.
- Hadiah tuntutan mata ganjaran adalah berdasarkan stok sedia ada. Aneka Retail ( M ) berhak mengganti atau menukarhadiah mata ganjaran dengan hadiah lain yang sama nilainya pada bila-bila masa tanpa notis. Untuk barangan yangtidak mempunyai stok sila tunggu 21 hari untuk membuat persediaan.
- Hadiah yang dituntut perlu diambil oleh ahli sendiri.
- Hadiah mata ganjaran yang telah dituntut tidak boleh tukar atau dikembalikan. Sekiranya hadiah yang ada jaminandidapati terdapat kerosakan, sila kembalikan seperti keadaan asal dalam tempoh tujuh ( 7 ) hari.
4. UMUM
- Aneka Retail (M) Sdn Bhd berhak membatalkan segala programa-KAD pada bila-bila masa tanpa notis dan segalakerugian ahlia-KAD tidak ditanggung oleh Aneka Retail (M) Sdn Bhd.
- Aneka Retail (M) Sdn Bhd berhak untuk menggunakan pengkalan data pelanggan untuk tujuan promosi dan pemasaran.
- Aneka Retail (M) Sdn Bhd berhak membuat keputusan berkaitan programa-KAD dan sebarang rayuan dari pihak ahli a-KAD tidak akan dilayan
- Aneka retail (M) Sdn Bhd berhak mengubah, mengurangkan atau menambah syarat-syarat dan peraturan a-KAD dari semasa ke semasa.
- a-KAD tidak boleh di pindahmilik. a-KAD adalah hakmilik Aneka Retail (M) Sdn Bhd. jika terjumpa silakembalikan kepada Pasaraya Aneka.
- Semua syarat dan peraturan adalah berdasarkan Bahasa Inggeris
- Semasa permohonan a-KAD , ahli dikehendaki menyediakan salinan Kad Pengenalan atau Paspot.
Muat turun aplikasi a-KAD borang:-